Bong Guang Yik

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bekas pemainnya, Bong Guang Yik yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman di dalam akaun media sosialnya.

Menerusi klip video yang dimuatnaik di aplikasi tiktok berdurasi 1 minit 17 saat, Guang Yik yang kini menetap di China mendakwa badan induk itu mengamalkan sikap layanan berat sebelah.
Ini kerana BAM dikuasai oleh orang Melayu dan ibadah solat lima waktu yang diwajibkan ke atas orang Islam antara punca punca kelemahan pengurusan tertinggi badan induk itu untuk menghasilkan keputusan yang positif untuk negara.

Justeru BAM telah pun mengambil tindakan selanjutnya dengan mengutuskan surat aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China (CBA) untuk menggesa badan induk itu tidak meneruskan khidmat Guang Yik sebagai jurulatih di salah sebuah kelab di negara tersebut.

“BAM amat jijik dengan kenyataan dikeluarkan dan akan mengutuskan surat aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China. Tiada ruang untuk komen sedemikian dilontarkan dalam sesebuah masyarakat terutamanya dalam negara kita dan kami kita akan bertoleransi tentang hal ini.

“Pihak persatuan juga mengutuk sekeras-kerasnya setiap bentuk diskriminasi dan menggesa CBA untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu tersebut. Orang yang bersifat perkauman tidak seharusnya diambil menjadi jurulatih dalam sebuah sukan yang dicintai berjuta manusia seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

“BAM dan rakan sekutunya tidak akan pernah menerima individu ini untuk terlibat dengan sebarang aktivi badminton di Malaysia,” jelas BAM dalam satu kenyataan rasmi, di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast