Premis kilang haram di Gebeng yang masih beroperasi meskipun tidak mempunyai lesen.

KUANTAN – Sebuah kilang peleburan barangan elektrik dan elektronik di Pusat Perindustrian Gebeng, di Kuantan diserbu kali kedua dalam tempoh sebulan setelah ingkar dan didadapti masih beroperasi secara haram.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andasura Rabu berkata, kilang tersebut masih beroperasi walaupun telah diarahkan menghentikan operasi pada 25 Januari lalu.

Serbuan pertama dilakukan bersama Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Kuantan pada 25 Januari lalu.

Andasura berkata, beliau menerima banyak aduan sejak bulan Janauari berkaitan kilang yang beroperasi secara haram sehingga mengakibatkan pencemaran di sini.

Mereka dikesan melakukan pembakaran terbuka dan ada kesan asap tebal kuat sehingga menggangu kesihatan orang awam, katanya ketika ditemui media hari ini.

Pihak kilang telah diberikan Notis Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 semasa sebuan dilakukan.

Kilang ini juga beroperasi tanpa permohonan sebarang permit dan menggaji pekerja waraga asing tanpa kebenaran.

”Justeru pihaknya mengharapkan agar tindakan susulan dari segi perundangan dan sisasatan lanjut perlu dilakukan agar pembakanan dihentikan serta mertada,

Tambahnya premantauan berterusan dilakukan secara berterusan dan memastikan kilang ditutup terus.

Dalam pada itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati beberawapa pekerja asing bertindak melarikan diri di melalui pintu belakang ketika serbuan dijalankan pada jam 11.30 pagi tadi.

Hasil pemerikasaan lanjut mendapati lebih 600 tan bahan elektrik dan elektronik terbuang di dalam guni di ruang kilang termasuk tempat peleburan bahan buangan itu dan beberapa bongkah aluminum yang telah siap diproses.

Operasi selama dua jam itu disertai pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP). – MalaysiaGazette