KUALA LUMPUR – Semua’ peminat bola sepak tanah air bakal berpeluang menyaksikan kejohanan paling berprestij sepanjang tahun iaitu MFL – Liga Malaysia 2023 anjuran
Malaysian Football League (MFL) secara percuma di saluran / platform RTM.

Sebanyak 75 perlawanan akan disiarkan secara langsung bermula dengan saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu FC yang akan bersiaran pada 24 Februari 2023 menerusi Saluran TV2, Sukan RTM dan RTMKlik.

Manakala baki 74 perlawanan iaitu Liga Super (52 perlawanan), Piala FA (8 perlawanan) dan Piala Malaysia (14 perlawanan) akan disiarkan menerusi saluran TV2, Okey, Sukan RTM dan RTMKlik. – MalaysiaGazette