KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan sesi ‘townhall’ bersama Hartal Doktor Kontrak pada Rabu depan, 22 Februari 2023.
Menerusi catatan di Twitter, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia adakan diadakan di Dewan Serbaguna KKM Putrajaya selama dua jam bermula 4 petang.
Kelmarin, menerusi video di laman sosial Tiktok menasihatkan pekerja dalam sektor kesihatan awam supaya tidak terlibat dalam sebarang mogok tanpa pemberitahuan kerana ia tidak menyelesaikan masalah.
Beliau meminta pekerja di bawah pimpinannya supaya berjumpa secara bersemuka untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
“Saya sebenarnya faham, sangat faham tentang masalah itu. Latar belakang saya sendiri sebagai doktor, ini menyebabkan saya memang faham dan saya tekad sebenarnya untuk menyelesaikan masalah ini dan kalau boleh, hari ini juga saya nak selesaikan.
“Tapi kita perlu faham bahawa ini akan mengambil sedikit masa untuk saya memahaminya lebih mendalam dan sebaik-baiknya supaya penyelesaian yang terbaik dapat kita laksanakan,” katanya selepas mendengar bahawa mogok mengejut kemungkinan dilakukan oleh pihak tertentu. – MalaysiaGazette
Jgn kata Doktor jaa kontrak..pensyarah perubatan yg mengajar Dr. tu pun kontrak kat IPTA..tak de sape yg bising..samalah dgn pelajar pendidikan..anak murid yg diajar tu jd cikgu tetap kat KPM…tp pensyarah pendidikan yg mengajar cikgu tu kat IPTA kerja kontrak jaa mcm kat satu IPTA di utara tanahair..lawak kan..murid kerja tetap tp pensyarah kerja kontrak…haaa