KUALA LUMPUR – Fathiri Fadzlah Holdings Sdn. Bhd. menyasarkan menjadi peneraju pasaran produk pewangi kereta berasaskan minyak gaharu tanpa bahan sintetik pada tahun ini.
Pengasasnya, Datuk Fathiri Fadzlah berkata, dikenali jenama sebagai Kayangan, produk itu yakin dapat melahirkan 5,000 ejen dalam usaha memberi peluang perniagaan untuk mereka yang mahu menambah pendapatan.
Beliau berkata, syarikat mahu membantu masyarakat kerana menyedari bahawa masih ramai orang yang terkesan dari segi ekonomi selepas pandemik Covid-19.
“Realitinya, produk pewangi kereta antara aksesori kereta yang penting bagi mengelakkan bau tidak menyenangkan lebih-lebih lagi, jika pemilik kereta gemar menyimpan kasut serta makan di dalam kereta.
“Justeru, Kayangan adalah jenama yang direka khas untuk individu yang ingin menambahkan sentuhan sofisikated kepada pengalaman pemanduan mereka dan paling utama dirumus menggunakan minyak gaharu tanpa bahan sintetik yang membahayakan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Fathiri menambah, beliau mahu memberi manfaat sumber yang ada untuk membantu orang lain kerana memiliki ladang gaharu kongsi rezeki melalui sistem perniagaan dikenali Treasure Tree
Susulan itu katanya, beliau yang juga bekas guru mendapat idea untuk menghasilkanm pewangi kereta berasaskan pati gaharu kerana kerjayanya dalam dunia korporat banyak menghabiskan masa dalam kenderaan di atas jalan raya.
“Sebagai usahawan dan orang yang sentiasa sibuk, banyak masa memerlukan saya bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
“Kesibukan ditambah jalan raya sesak, saya rasa pewangi kereta memainkan peranan untuk membuatkan kita berasa lebih tenang dan rileks di mana dari sinilah jenama Kayangan bermula,” katanya. – MalaysiaGazette