Al Rajhi Bank Malaysia kini menjadi Rakan Rasmi Bank Digital Liga Malaysia 2023.

KUALA LUMPUR – Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Malaysian Football League (MFL) untuk meletakkan bank digitalnya, Rize selaku Bank Digital Rasmi Liga Malaysia 2023.

Ini adalah kerjasama sulung bank Malaysia dalam penajaan liga bola sepak utama negara yang membabitkan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup, Piala MFL dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang turut dikenali sebagai Perlawanan Sumbangsih.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, MFL gembira dan mengalu-alukan Al Rajhi Bank Malaysia sebagai Rakan Rasmi Bank Digital Liga Malaysia 2023.

Jelas beliau,iai bukan sekadar satu perjanjian penajaan tetapi perkongsian strategik yang mampu mengukuhkan matlamat bersama kedua-dua pihak.

“Dengan rize telah memulakan era baharu perbankan abad ke-21, MFL juga telah memulakan penstrukturan baharu Liga Malaysia untuk membawa bola sepak tanah air ke tahap lebih tinggi

“Bersama Al Rajhi Bank Malaysia, ini akan membantu kami mencapai objektif tersebut,” katanya

Majlis pelancaran penajaan itu turut, Ahli Lembaga Pengarah MFL, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dan Mohd Joehari Ayub, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Al Rajhi Bank Malaysia, Arsalaan Ahmed serta CEO MFL, Stuart Ramalingam, semalam,

Legenda bola sepak negara, Norshahrul Idla Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo turut hadir selaku tetamu istimewa pada majlis ini.

Sementara itu, Assalaan berkata, Al Rajhi Bank Malaysia gembira kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan MFL untuk menaikkan lagi keterujaan penyokong pada Liga Malaysia 2023 melalui Rize Bank Digital pertamanya, yang telah dilancarkan baru-baru ini.

“Tujuan utama Rize ini adalah untuk memberikan inspirasi dan membantu pelanggan kami dalam mencapai harapan dan impian mereka. Kami berharap dapat melakukan perkara sama bersama komuniti bola sepak Malaysia dengan mencipta pengalaman baharu bersama mereka di Liga Malaysia 2023.

“Al Rajhi Bank Malaysia dan MFL akan menjalinkan kerjasama secara lebih meluas memandangkan Rize merupakan bank digital terbaharu di Malaysia dan kami melihat kerjasama ini sebagai satu peluang untuk melonjakkan lagi imej kami bersama bola sepak Malaysia,” katanya.

Liga Malaysia musim 2023 akan bermula pada Jumaat ini melibatkan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri melibatkan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC. – MalaysiaGazette