KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hairan apabila beliau disuruh berehat dan diam setiap kali menegur atau menyatakan kerisauan berkaitan perkembangan semasa.
Bekas perdana menteri berkata, perkara itu disedari selepas beliau kalah dalam pilihan raya umum ke-15 dan hilang deposit.
“Saya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam kerana hilang deposit,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Menurut Dr Mahathir, bagi dirinya setiap kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun yang mendengar hanya seorang.
Malah, katanya, jika tidak ada seorang pun yang mendengar, kebenaran tetap perlu dinyatakan.
“Kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti atau yang tidak hilang deposit. Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa sahaja keputusan majoriti walaupun salah,” katanya.
Dr Mahathir menegaskan, selagi ada nyawa apa yang tidak betul akan terus disuarakan walau pahit untuk didengar oleh kumpulan yang tidak hilang deposit.
Dalam PRU15 November lalu, Dr Mahathir yang bertanding di Parlimen Langkawi hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi. – MalaysiaGazette
Awak nak sangat di ludah dimuka dgn kahak hijau teruskan sahaja ❗ Awak ni telah menghancurkan negara selama ni ❗ Saya sangat menyesal undi untuk awak dulu celaka tua kerepot ❗❗
Zaman dh berlalu.. berehat itu adalah yg terbaik bt masa ini.