PUTRAJAYA – Lelaki yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah telah ditahan suruhanjaya itu, semalam.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, individu dikenali sebagai Mohamad Shafiq Abdul Halim itu ditahan pada jam 3.30 petang selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya
“Kita telah mengambil tindakan yang mana kita buat laporan dan buka siasatan terhadap orang ini.
“Walaupun saya tahu dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam Facebook atas fitnah itu, ini satu perkara yang saya tegaskan sekali lagi. saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar.
“Kalau hendak cakap secara jujurnya, mana hendak cari RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful,” katanya pada sidang media Op Tropiciana, di sini, hari ini.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 44 saat yang tular di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa sebanyak RM10 juta ditawarkan SPRM kepada Wan Saiful yang merupakan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu malaysia (Bersatu).
Dalam klip video itu, lelaki terbabit mendakwa bahawa tawaran itu dibuat oleh SPRM supaya Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menukar kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu untuk menerima wang rasuah.
Kelmarin, Wan Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan rundingan projek Central Spine Road dari Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur bernilai RM232 juta
Menurut Azam, akibat daripada kenyataan itu, lelaki tersebut telah menimbulkan spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan ia tidak boleh dipadamkan, malah ada yang masih percaya perkara itu benar.
“Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan oleh individu itu,” ujarnya.
Azam berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan SPRM berhubung projek Jana Wibawa. – MalaysiaGazette
tahniah SPRM….rakyat tunggu janji RAFIZI RAMLI MUNAFIK …jika menang PRU 15 saya akan heret juga AZAM BAKI yang menganggu sykt INVOLKE saya 3 bulan bla bla bla