KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu enam premis pusat hiburan dalam di sekitar Cheras dan Bukit Bintang, lewat malam tadi.
Operasi yang dibuat hasil risikan dan maklumat dari pasukan penguatkuasa DBKL itu telah mengenakan tindakan menutup ke atas tiga premis secara serta-merta dan menyita peralatan terhadap di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 3 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (Live Band / DJ) tanpa kebenaran ) Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993.
DBKL turut tindakan sita terhadap 16 pelbagai peralatan muzik ke atas tiga buah premis berkenaan.
Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.
DBKL berkata, tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette