Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) beramah mesra bersama Belia Orang Asli selepas Majlis Perasmian Karnival Belia Orang Asli (K-BOARD 2.0) Tahun 2023 di Hotel Tanera ,Bangi, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 28 FEBRUARI 2023.

BANGI – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta menghormati keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun UMNO menghormati pendapat peribadi yang berbeza, ia tak bermakna keputusan itu boleh dibelakangkan.

“Perhimpunan Agung UMNO telah memutuskan jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan. Keputusan itu hendaklah dihormati, walaupun kita kita hormati pendapat peribadi,” katanya ringkas selepas merasmikan Program Karnival Belia Orang Asli (K-Boards 2.0) 2023, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera yang tidak mempertahankan kedudukannya pada pemilihan akan datang kerana tidak setuju dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

Awal hari ini, Ismail Sabri dilaporkan tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO.

Tegasnya, jika beliau berbuat demikian, ia sama seperti pihaknya mengiktiraf dua jawatan itu tidak dipertandingkan, yang sebelum ini beliau menyifatkan tindakan UMNO bertentangan dengan perlembagaan parti.

Pada Januari lalu, sidang PAU 2022 meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei depan.

Keputusan itu mendapat kritikan dan bantahan dari beberapa perwakilan ketika berbahas Ucapan Dasar Presiden yang menegaskan usul tambahan itu bertentangan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.

Antara yang menentang, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mewakili Johor.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas perhimpunan itu, Ahmad Zahid menegaskan usul tambahan itu adalah sah dan tidak boleh dicabar kerana PAU adalah badan tertinggi dalam UMNO.

Pemilihan UMNO dijadual berlangsung 1 Februari lalu hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan akan diadakan pada 1 hingga 26 Februari.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Manakala Mesyuarat Perwakilan, Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di seluruh negara, pada 18 Mac depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. sebagai ahli umno perlu lagi ke hormati ZAHID MUNAFIK TALAM BERMUKA2 INI….NO ANWAR NO DAPIGS bersumpah lagi dengan KALIMAH2 ALLAH….INI PUN DIPUTUSKAN dan ditetapkan PAU
    ALLAH MAHA TAHU…..niat sebenar Zahid dan sekutunya….yang MUNGKIR JANJI akhirnya KECUNDANG dgn 26 KERUSI tinggal

    menJUBURI NASIB DAN JAWATAN di bawah KELENGKANG ANWARFIKUN

  2. Wahai si bodoh zz ni. Apalah halnya kau bengap sangat. Dsaz dan umno menjunjung titah dypa untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan dsai sebagai perdana menteri. Umno di minta untuk menjayakan kerajaan perpaduan kerana PN menolak gabungan dengan PH. Sekiranya bn juga tidak setuju sehingga hari ini negara tidak akan ada kerajaan memerintah. Kalau tak faham politik duduk diam diam kat warong kopi

    • batu api YANG BODOH…..selemah2 aku BUKAN DARI GOLONGAN MUNAFIK dan sokong MUNAFIK….aku pun pernah terima umno…..TAPI RAMAI PERASUAH KHIANAT PECAH AMANAH SERTA GILA KUASA DALAM UMNO INI…….jadi batu api tempias apinya PADA DIRI SENDIRI

      berpolitik dan pilih pemimpin BUKAN UNTUK URUSAN DUNIAWI SAHAJA
      PADANG MASYAR MAHKAMAH ALLAH MENANTIIII

Comments are closed.