Khiew Hoe Yean. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 SEPTEMBER 2022.

Pemenang pingat emas Sukan SEA edisi lepas itu unggul merekodkan 2 minit 03.77 saat (s) untuk memadamkan rekod Lim Ching Hwang yang kini mewakili Singapura iaitu 2:03.86s yang dibuat pada Kejohanan Bahamas 2016.

Beliau bagaimanapun sekadar meraih pingat gangsa selepas atlet Taiwan Wang Hsing Hao mengungguli acara itu dengan catatan 2:01.50s, diikuti Wantenaar Ronan Zuberg dari Nambia yang merekodkan 2:03.64s.

Hoe Yean melahirkan rasa gembira apabila mampu membuat persembahan terbaik di laman sendiri dan berazam untuk memecahkan rekod atau memperbaiki catatan masa pada kejohanan seterusnya.

“Saya memang tidak sangka mampu memecahkan rekod kerana saya hanya berada di sini untuk buat yang terbaik. Pada mulanya memang tidak perasan namun orang ramai yang memberitahu perkara itu (rekod kebangsaan).

“Bagus sebab ia rekod baharu kebangsaan dan standard baharu, saya berharap selepas ini saya boleh mencatatkan catatan masa yang lebih baik kerana hanya terdapat perbezaan beberapa saat. Namun, setakat ini semuanya berjalan lancar dan harap dapat teruskan rentak ini untuk esok,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau turut berjaya merangkul pingat emas menerusi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki bersama Muhammad Dhuha Zulfikry, Muhammad Farhan Andi Maroef dan Jayden Tan, manakala sekadar meraih tempat keempat bagi acara 100m gaya bebas lelaki. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast