KUALA LUMPUR – Selebirit terkenal, Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai kehamilan keduanya yang sebelum ini diperkatakan.
“Ya, half way to go (sudah di pertengahan jalan),” katanya kepada media selepas pelancaran Koleksi Raya Bertemakan Warisan di sini hari ini.
Bagaimanapun Noor Neelofa Mohd Noor, 34 berkata, kehamilannya kali ini tidak menunjukkan perbezaan ketara daripada sebelum ini.
Namun beliau memastikan akan mengambil makanan tambahan dan sayur-sayuran yang cukup untuk tenaga badan.
“Kalau lihat tidak ada apa-apa adjustment sangat pun kali ini. Alhamdulillah tidak teruk cuma balik umrah baru-baru saya jet-lag lama sikit, ambil masa untuk kembali seperti biasa,” katanya lagi.
Sementara itu, Neelofa mengaku banyak pengalaman baru dirasainya apabila menunaikan umrah bersama-sama keluarga, suami dan anaknya Muhammad Bilal.
“Bila bawa anak, banyak yang kena sedia dan ambil kira, termasuklah masa makannya, giliran pembantu makan, bertukar jaga, masa Bilal tidur. Memang berbeza umrah baru-baru ini.
“Sebelum ini juga saya tak pernah kalau tawaf ada special doa. Tapi kali ini saya buat tawaf dan doa khas untuk anak. Perasaan yang lain, terharu dan sebak,” ujarnya.- MalaysiaGazette