Mohd Zawawi Ahmad Mughni

SHAH ALAM – Sebanyak 78 masjid telah dan sedang dibina di Selangor sepanjang 2019 hingga 2022, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Jelas beliau, keseluruhan kos pembinaan itu melibatkan kira-kira RM185 termasuk yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan RMK-12.

Katanya, daripada 78 masjid itu, sebanyak 25 dibina sepanjang 2019 dengan kos RM57 juta, diikuti 19 masjid tahun 2021 dengan peruntukan RM47 juta.

“Bagi tahun 2021, pembinaan 16 masjid yang melibatkan RKK-11 dengan kos RM46 juta, manakala bagi tahun 2022, pembinaan 18 masjid iaitu 15 melibatkan pembangunan dalam RMK-11 dan tiga lagi dalam RMK-12 dengan kos RM33 juta.

“Keseluruhan kos bagi empat tahun ini ialah RM185 juta,” katanya dalam sesi menjawab lisan pada Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2023, di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (Taman Medan), Mohd Zawawi berkata, kos pembinaan masjid itu melibatkan pembiayaian daripada Kerajaan Persekutuan iaitu melalui RMK11 dan 12 dan sebahagiannya ditampung oleh kerajaan Selangor. – MalaysiaGazette