Individu yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy' atau nama sebenar Mohd Hussein Mohd Nasir diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MAC 2O23.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang dikenali ‘Datuk’ Roy’ yang ditahan reman selama tiga selepas dikaitkan sebagai dalang program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dilepaskan atas jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini.

Bagaimanapun beliau ditahan semula hari ini untuk siasatan satu lagi kes lain melibatkan Seksyen 16 (a) Akta SPRM.

Ia disahkan oleh peguam mewakili tertuduh, Fahmi Abd Moin.

“Reman sudah habis. Anak guam saya dibebaskan degan bon suruhanjaya itu. Anak guam saya akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi permohonan reman untuk kes lain,” katanya ringkas.

Peguam mewakili Datuk Roy, Fahmi Abd Moin

Sebelum ini, Selasa lepas, ‘Datuk Roy’ menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum ditahan pada 3 petang.

Sebelum itu, media sudah melaporkan lelaki berkenaan yang beralamat di Kuantan, Pahang ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu atas kesalahan menerima rasuah.

Ahli perniagaan itu sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Datuk Roy’ direman bantu siasatan kes Jana Wibawa