KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengesahkan berlaku kebakaran di Jabatan Farmasi, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) pada petang semalam.

Walau bagaimanapun Pengarah JKNNS, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan akibat kemalangan berkenaan.

“Kejadian berlaku 4.05 petang semalam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Rahang telah datang dan berjaya memadamkan api di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, pihak bomba sedang menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran berkenaan.

Semalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan sebagai berkata, kira-kira 20 peratus dariapda bilik simpanan barang di bahagian farmasi hospital tersebut hangus terbakar.-MalaysiaGazette