Pasukan JDT dan Selangor FC ketika beraksi pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi. Gambar Facebook Selangor FC

KUALA LUMPUR – Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Selangor dengan 0-4 dalam saingan Liga Super malam tadi.

Pasukan Harimau Selatan itu memperoleh gol melalui jaringan Juan Muniz pada minit ke-55, Diogo Luis Santo (minit 55) dan Fernando Forestieri (minit 77 dan 82).

Keputusan itu jelas memberi ‘luka berganda’ kerana Red Giants bukan sahaja terlepas tiga mata namun rekod tanpa kalah Tan Cheng Hoe dalam Liga Super juga turut berakhir.

JDT pula terus unggul dengan kemenangan bersih lima perlawanan Liga Super. – MalaysiaGazette