Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju dengan pandangan bahawa Touch ‘n Go mungkin ditimbang semula termasuk isu dimonopoli.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan perkhidmatan itu boleh dikembangkan lagi selepas tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu sejak dua dekad lalu.

“Touch ‘n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad dan sistem yang digunakan tidak ada sebarang progres dalam perkara itu.

“Saya rasa anda betul. Kita akan menimbangkannya semula,” katanya yang menjawab soalan seorang peserta sama ada kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk menilai semula Touch ‘n Go.

Beliau berkata demikian ketika Dialog Anak Muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (di sini, hari ini. – MalaysiaGazette