Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap ketika program Dialog Anak Muda Temu Anwar bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 18 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tidak akan menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara selagi mana ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan kepentingan tertentu.

Beliau juga menggalakkan anak muda menjadi aktivis di negara namun bukan bergelar pak turut kepada mana-mana pihak.

“(Mahasiswa) boleh jadi aktivis (perjuangkan hak mahasiswa) tetapi jangan jadi macai, walaun.

“Tetapi kalau permainkan kaum dan agama (saya ulangi) akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Dialog Anak Muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Peserta yang hadir mengibarkan jalur gemilang pada program Dialog Anak Muda Temu Anwar bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 18 MAC 2023.

 

Mengulas lanjut, Anwar turut mengimbau sejarah panjang pembabitan dirinya dalam politik ketika masih bergelar mahasiswa sehingga turut dimasukkan ke dalam penjara.

Ujar beliau, memahami kemahuan mahasiswa, kerajaan pimpinannya tidak akan mengambil tindakan terhadap aktivis yang memperjuangkan hak mereka.

Sementara itu, lebih 1,000 peserta yang rata-ratanya golongan muda menghadiri Dialog Anak Muda Temu Anwar yang sempena program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023) yang memasuki hari kedua penganjuran hari ini.

Program yang telah dilaksanakan sejak 2009 membuka ruang kepada sesiapa sahaja terutamanye belia untuk bertanya soalan secara terus kepada beliau.

Pada majlis sama, kumpulan Bunkface tampil mempendengarkan lagu Malaysia Madani buat pertama kali kepada pengunjung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. bukan dulu PKR byk menghasut pelajarĀ² jadi walaun dengan macai ke sampai tak kenal mana yang betul mana yang salah. HariĀ² pelajar disogok dengan fitnah dan adu domba

    • betul tu Pjan…..ANWAR MUNAFIK ini juga melancarkan perang saraf LAWAN TETAP LAWAN di sebalik laungan REFORMASI yang mati dan jadi ReforBASI sekarang jadi P arti K hianat R akyat
      ANWAR MUNAFIK ini juga beberapa kali berusaha MENUMBANGKAN KERAJAAN sebelum ini dengan ada 40 MP SABAH SRAWAK akan ke menyeberang ….saya ada NOMBOR EKOR yang cukup majoriti….istilah GAGAL DAN tiada KEABSAHAN keluar dari JUBUR ANWARFIKUN

      Mereka yang LARI dari REFORMASI PERIBADI MUNAFIK MADANI sekarang mula diANIAYA dan di BURU

Comments are closed.