Plaza Tol Gombak

KUALA LUMPUR – Salah satu faktor rakyat di negara ini semakin mengalami tekanan kerana masalah kesesakan jalan raya dan ketidakcekapan pengurusan tol.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri yang membangkit perkara itu berkata, masalah yang sama masih berlaku.walaupun pengurusan tol sudah lama diberikan kepada syarikat konsesi.

“Berkenaan dengan kesesakan jalan raya ini, sangat penting kerana tahap stres pengguna jalan raya semakin tinggi. Bukan sebab apa, hanya kerana kesesakan jalan. Ia bukan berlaku di Kuala Lumpur sahaja.

“Antara faktornya adalah tol. Saya nak tanya kepada Timbalan Menteri, sudah berapa lama kita berikan konsesi kepada tol ini? Takkanlah kutipan pembayaran masih sama?

“Masih pakai palang yang sudah tua, sekejap naik, sekejap turun. Kenapa kita tak gunakan ‘sensor’ sahaja? Di negara maju, mereka hanya gunakan ‘sensor’,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jalaluddin Alias

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jalaluddin menambah, Malaysia masih menggunakan laluan berbeza untuk pengguna RFID, Touch ‘n Go dan Smart Tag yang sepatutnya menggunakan semua sistem untuk laluan yang sama.

“Saya nak tanya, sudah berapa lama kita berikan konsesi tetapi tiada perubahan? Itu yang menjadi ‘mental disorder’ kepada rakyat Malaysia. Tuan Pengerusi, ini fakta. Sepatutnya setiap laluan boleh guna untuk semua sistem. Kalau kereta langgar, samanlah,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bukan takat sistem tol, tapi kita guna hiway ni umpama beli servis diorg. Kita bayar tp bila hiway sesak, ada ker diorg hantar petugas untuk suraikan lalulintas? Kalau jalan persekutuan, polis trafik akan datang bantu lancarkan lalulintas. Tapi PLUS? Update twitter ja keja.

Comments are closed.