Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid hadir ke persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 14 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar tidak akan mengunakan tanah milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) mahupun tanah kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan MRSM berbayar juga tidak akan mengunakan peruntukan daripada kerajaan sebaliknya akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

“Tentang penggunaan tanah saya ingin memberi jamanan jika pun sekolah atau MRSM didirikan saya akan pastikan tidak menggunakan tanah rakyat miskin. Tetapi kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak yang mengunakan perkongsian pintar untuk pembinaannya.

“…Tanah pun tidak menggunakan tanah kerajaan atau MARA. Kita harus keluar daripada kepompong yang ada sekarang ini untuk kita maju,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ingin mengetahui proses dan sumber pendanaan untuk membina MRSM berbayar dan bilakah ia
akan dilaksana.

Ahmad Zahid berkata, permintaan untuk memasuki MRSM ketika ini pada tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan asal.

Ramai pelajar yang layak untuk memasuki institusi itu tetapi terhalang kerana pendapatan ibu bapa melebih syarat yang memberi keutamaan kepada golongan B40.

Tambah beliau, permintaan daripada alumni MRSM yang kini berada kumpulan M40 dan T20 juga semakin tinggi supaya anak mereka diberikan peluang belajar di MRSM.

Justeru katanya, sekiranya dilaksanakan anak-anak alumni MRSM juga akan diterima masuk ke MRSM berbayar.

“Pelaksanaannya saya akan pastikan kita tak akan berkompromi dari segi kualiti. Bagimana kita ingin menafikan anak-anak yang ibu bapa mereka berada dalam kumpulan T20 dan M40?

“Sebenarnya ibu bapa mereka pendapat bersih mereka rendah walaupun mungkin gaji mereka berpuluh ribu, namun akhirnya berada dalam B40. The real nett income mereka. Jadi bagaimana kita ingin menafikan hak kanak-kanak ini?” kata Ahmad Zahid.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Menurut beliau, cadangan itu adalah hasil pandangan yang diperoleh daripada ramai pihak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kena tengok balik sejarah dan matlamat penubuhan MARA..tak belajar Sejarah kah? MARA ditubuhkan bukan untuk membantu golongan elit! Kalau dah kaya sangat, masuk sekolah antarabangsa atau sekolah swasta mcm Kolej Yayasan Saad tu. Yg ke dua, kalau bukan dana MARA dan tanah kerajaan, kos lain siapa bayar? Kos gaji guru? Mak bapak bayar kah???

Comments are closed.