Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -IJM Corporation Berhad, pemilik Lebuhraya Besraya dan NPE komited sepenuhnya dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, melalui pelaksanaan ini, pengguna lebuh raya akan mempunyai pilihan kaedah pembayaran tol iaitu antara lain dengan menggunakan kad debit atau kredit mereka ketika menggunakan lebuhraya.

Baru-baru ini Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak lima lebuh raya di seluruh negara akan mula melaksanakan sistem pembayaran terbuka menjelang September tahun ini.

“Kami telah mengadakan sesi perbincangan bersama dengan pihak Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta pihak-pihak lain yang berkaitan sejak awal tahun lagi dalam merancang untuk mengimplementasikan sistem pembayaran terbuka.

“Menteri ada menyebut menjelang September tahun ini sistem pembayaran terbuka ini akan diadakan kepada pengguna lebuh raya, oleh yang demikian kami akan
berusaha untuk mencapai garis masa yang dinyatakan,” ujar Wan Salwani. – MalaysiaGazette