Kira-kira 500 penduduk Kampung Telok Gong, dekat sini, keluar di jalan raya pagi ini untuk menyatakan bantahan mereka berhubung keselamatan masyarakat sekitar kawasan itu.
Mereka mula berhimpun sejak jam 9 pagi di hadapan sebuah kilang dan berhampiran lokasi kejadian kemalangan maut melibatkan seorang murid dengan lori kontena, Rabu lalu.
Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Telok Gong, Rosli Ismail, penduduk kampung merasa sedih dengan dukacita dengan kejadian itu, walaupun sebelum ini banyak desakan dibuat agar pihak berkuasa dapat mengawal pergerakan lori kontena yang agak sesak sepanjang hari.
ya betul sepatutnya kawasan teluk gong harus dibebaskan dari kesesakan kenderaan besar sebab jalannya memang kecil dan banyak kilang yang dibina dikawasan itu, selain berlaku pencemaran udara air dan juga alam, ia juga menyebabkan penduduk dibayangi ketakutan disebalik kenderaan besar saya boleh rasa apabila ia berlaku, jadi penambakan dan pembesaran jalan harus dilakukan disebabkan banyak kenderaan besar lalu disana setiap hari dan banyak kilang besar dibina dalam dan luar dari pulau itu lagipun ia sering dilanda banjir disebabkan oaras tanagnya yang mula turun sejak ia diibuka untuk kawasan industri mungkin lupa tambak atau dalam kan parit, apatah lagi banyak kekotoran disana, jalan memang saya dari kecil sampai sekarang tak pernah berubah jadi penduduk tak perlu sebab pun untuk anda buat kerja jadi selesaikan masalah ini, bayangkan penduduk teluk ging Agak jauh akses nak kemana pun walaupun ada lebuhraya tapi ia banyak kenderaan besar tiada laluan lain