Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menjadi penyedia perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelawaan itu dibuat berikutan konsesi Puspakom Sdn Bhd akan tamat tempoh pada 31 Ogos tahun depan.

Katanya, perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdan Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Mac lalu.

“Ketetapan ini bermakna Puspakom tidak lagi menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September 2024,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Anthony, keputusan berkenaan adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidamatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat.

Bagi melaksanakan keputusan tersebut, kementeriannya bersama Jabataan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membangunkan syarat-syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak-pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor.

Jelasnya, JPJ akan secara berterusan mengaudit dan memantau semua pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut bagi memastikan pematuhan kualiti dan integriti pemeriksaan.

Tambahnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat yang ditetapkan boleh dikenakan penalti atau dibatalkan kebenaran menjalankan pemeriksan terlibat.

“MOT juga akan memastikan pembukaan pemeriksaan berkala kepada mana-mana oihak lain tidak menyumbang kepada elemen persaingan tidak sihat serta membawa kesan negatif kepada penyediaa perkhidmata pemriksan berala kenderaan motor di bawah Akta 333.

“MOT sedang dalam proses memuktadkan semua syarat permohonan pengoperasian dan dokumen tawaran oleh mana-mana pihak yang berminat dan proses pelawaan berkenaan dijangka bermula selewat-lewatnya pada suku pertama 2024.

Sementara itu, Anthony berkata, mengenai perjanjian konsesi Puspakom semasa yang pernah dilanjutka selama 15 tahun pada 2009, kerajaan bersetuju melanjutkan perjanjan tersebut untuk tempoh yang sama berkuatkuasa 1 September 2024 dengan penambahan terma-terma dalam perjanjian sedia ada.

Katanya, keputusan itu mengambil kira pihak Puspakom telah menjalankan fungsi pemeriksaan bagi pihak JPJ dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan. – MalaysiaGazette