Jack Ma

BEIJING – Pengasas Alibaba Jack Ma, kembali ke China selepas lebih setahun mengembara.

Beliau dilihat muncul di sebuah sekolah di Hangzhou, kata satu laporan.

Hangzhou adalah asal-usul Alibaba.

Ma menemui guru-guru dan pelajar di Sekolah Yungu, sebuah sekolah swasta yang dibiayai Alibaba pada tahun 2017.

Jutawan itu dkatakan berbincang mengeni isu-isu penddidikan dan teknologi ChatGPT dengan sekolah tersebut, menurut South China Morning Post.

Akhbar milik Alibaba itu berkata, dia telah singgah sebentar di Hong Kong, dan bertemu rakan-rakan dan juga melawat secara ringkas Art Basel, sebuah pameran seni antarabangsa.

Lapornya, Ma telah mengembara ke negara-negara yang berbeza untuk belajar tentang teknologi pertanian, tetapi tidak membuat rujukan tentang sebab beliau telah hilang daripada pandangan umum dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pernah menjadi orang terkaya di China, Ma melepaskan kawalannya dalam firma gergasi teknologi kewangan Ant Group pada Januari tahun ini. – Agensi