Ayob Khan

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bakal menerajui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula 16 April ini.

Ia sekali gus meletakkan noktah kepada segala desas-desus pengganti yang bakal mengisi jawatan yang akan ditinggalkan oleh Datuk Seri Abdul Jalil Hassan itu.

Pertukaran pegawai kanan PDRM itu menyusul ekoran Abdul Jalil akan bersara wajib pada 16 April ini.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan.

Pada 3 Januari 2022, Ayob Khan yang merupakan Ketua Polis Johor kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Beliau menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast