Suspek menaiki kereta Honda Fit untuk melakukan tembakan di Sekolah Convenant. foto Twitter

TENNESSEE – Penembak yang membunuh enam orang di sebuah sekolah di Nashville, Tennessee, membeli tujuh senjata secara sah dan menyembunyikannya di rumah, kata polis.

Penyiasat berkata, ibu bapa suspek mengakui suspek yang berusia 28 tahun itu tidak sepatutnya memiliki senjata.

Malah, mereka tidak menyedari senjata itu telah disembunyikan di dalam rumah mereka.

Enam orang, termasuk tiga kanak-kanak berumur sembilan, terbunuh dalam serangan di Sekolah Convenant.

Polis mengesahkan, suspek berada di bawah jagaan doktor kerana mengalami gangguan emosi.

Tennessee tidak mempunyai undang-undang yang membenarkan polis merampas senjata daripada suspek yang ganas.

Walaupun ketiadaan undang-undang yang dipanggil bendera merah itu, polis berkata, mereka masih akan berusaha untuk merampas senjata itu jika pihak berkuasa mempunyai sebarang amaran bahawa suspek boleh menimbulkan ancaman.

Murid yang terbunuh dalam serangan itu ialah Evelyn Dieckhaus, Hallie Scruggs dan William Kinney.

Tiga pekerja yang turut terkorban ialah Cynthia Peak, 61, Katherine Koonce, 60, dan Mike Hill, 61.

Mereka merupakan pekerja di sekolah berkenaan yang dikendalikan oleh swasta.

Suspek, Audrey Hale ditembak mati oleh polis, 15 minit selepas dia melancarkan tembakan.

Hale, yang dikenal pasti sebagai transgender dan merupakan bekas pelajar di sekolah itu, bersenjatakan tiga pistol, termasuk senapang separa automatik semasa melakukan serangan tersebut.

Dia dipercayai membeli senjata-senjata itu dari lima kedai di bandar ini.

Serangan berlaku selepas pembunuh melakukan pengawasan terhadap premis, melukis peta dan menulis apa yang disifatkan polis sebagai “manifesto”.

Menurut polis, suspek menaiki kereta ke sekolah itu dan memasuki bangunan selepas menembak salah satu pintu, yang mana kesemuanya sudah dikunci. – Agensi

Tiga kanak-kanak, tiga dewasa maut dalam tembakan di sekolah