Polis mengepung kawasan Sekolah Covenant selepas kejadian tembakan yang menyebabkan enam maut. foto Fox News

WASHINGTON – Tiga kanak-kanak dan tiga individu dewasa maut selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah di Nashville, di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Isnin.

Kejadian tembakan itu berlaku di Sekolah Covenant, sebuah sekolah rendah Kristian swasta.

Jurucakap Jabatan Polis Metro Nashville (MNPD), Don Aaron berkata, suspek adalah seorang wanita yang memiliki sekurang-kurangnya dua senapang “jenis serangan” dan pistol.

Suspek telah ditembak mati oleh polis.

Dua pegawai MNPD yang memasuki bangunan dan mendengar bunyi tembakan telah menembak penembak di tingkat dua hingga mati,” menurut MNPD menerusi Twitter.

Polis belum mengenal pasti identiti penembak tetapi mengatakan dia adalah seorang wanita berusia 28 tahun.

Setakat ini belum ketahui sama ada suspek mempunyai sebarang kaitan dengan sekolah tersebut.

Wanita pertama AS, Jill Biden berkata, beliau tergamam selepas s mengetahui tentang kejadian tersebut.

“Anak-anak kita berhak mendapat yang lebih baik. Dan saya bersama mangsa-mangsa Nashville doa,” katanya dari acara di Washington, D.C.

Terdapat 128 tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat setakat tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata.

Sementara itu, lebih 9,800 orang, termasuk ratusan kanak-kanak dan remaja, telah kehilangan nyawa mereka akibat keganasan senjata api dalam tempoh tiga bulan lalu, menurut data laman web itu.

Sekolah Covenant itu mempunyai kira-kira 200 pelajar dari prasekolah hingga gred 6, menurut laman webnya. – Agensi