Sulaiman hanya memberikan isyarat meminta maaf kepada petugas media yang berkampung di pusat pentadbiran kerajaan, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka sejak 7.30 pagi tadi bagi mendapatkan komen beliau berhubung tindakannya meletakkan jawatan semalam.

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya sempat memberikan isyarat tangan meminta maaf kepada petugas media yang ‘berkampung’ di pusat pentadbiran kerajaan, Kompleks Seri Negeri sejak 7.30 pagi tadi bagi mendapatkan komen beliau berhubung tindakannya meletakkan jawatan semalam.

Beliau yang dilihat keluar menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz berwarna hitam bernombor pendaftaran MCM1 sekadar membuka tingkap sebelum memberikan isyarat tangan meminta maaf sambil berlalu.

Kenderaan itu kemudian dilihat menuju ke kediaman rasminya di Seri Bendahara.

Terdahulu, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dilihat memasuki pejabatnya pukul 9 pagi tadi yang mana difahamkan untuk berjumpa kakitangan dan tidak meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka di Parlimen, Selasa lalu.

MalaysiaGazette semalam melaporkan Melaka dijangka bakal mendapat Ketua Menteri baharu yang akan mengangkat sumpah pukul 3 petang esok di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka.

Jawatan beliau hampir pasti akan digantikan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh – nama yang sering menjadi spekulasi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 lalu. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Rakyat tgh struggle dgn kos sara hidup…korang tak habis2 berebut jawatan dan habuan…melain kan ko sakit nak mati..tapi kalau sebab berebut jawatan..korang ahli2 politik mmg musibat…aku sbg pengundi Melaka lain kali tak nak balik mengundi…buang duit dan buang masa aku jaaa balik PRN hanat!

  2. Biasa laa tukar2 KM asalkan satu parti x apaa. Polisi tetap sama, arah tujuan tetap sama, org pon sama cuma tukar2 aja mcm reshuffle. dulu aku bos ko sokong skrg ko plak bos aku sokong, yg penting agenda utk rakyat diteruskan.

Comments are closed.