Luke Shaw. Foto Daily Express
LONDON – Bek kiri Luke Shaw bakal melanjutkan kontrak baharu selama empat tahun di Manchester United selepas dia bersetuju dengan semua syarat perjanjian, lapor The Athletic.
Pengurus United Erik Ten Hag berharap laporan itu benar kerana kelab perlu mengekalkan Luke kerana dia adalah pemain yang sangat penting untuk pasukan.
“Adakah Luke Shaw menandatangani perjanjian baharu dan saya tidak tahu. Saya tidak mendengarnya kerana John Murtough (Pengarah Kelab) tidak memaklumkan kepada saya sehingga sekarang.
“Saya perlu menunggu untuk itu. Jika ia benar, saya sangat berbesar hati. Kami mahu mengekalkan Luke kerana dia adalah pemain yang sangat penting untuk pasukan kami,” katanya.
Shaw telah melengkapkan perpindahan ke United dengan nilai £30 juta dari Southampton pada 2014.
Pemain pertahanan itu dilaporkan hampir menandatangani kontrak jangka panjang baharu dengan juara Inggeris 20 kali itu.

Perjanjian sedia ada pemain berusia 27 tahun itu di Old Trafford tamat pada Jun 2024, dengan kelab itu baru-baru ini mengaktifkan lanjutan kontrak selama 12 bulan, kerana perjanjian sebelumnya akan tamat pada musim panas ini. – MalaysiaGazette

https://theathletic.com/4367787/2023/03/31/luke-shaw-manchester-united-contract/