Datuk Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula sistem perundangan negara terutama berkaitan kes jenayah supaya lebih terkedepan dalam memberi hak kepada tertuduh dan peguam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kalau mengikut budi bicara mahkamah seperti diamal sekarang, keputusannya memberikan pro dan kontra kepada tertuduh serta peguam.

“Jadi, saya sarankan Anwar panggil Azalina (Datuk Seri Azalina Othman Said) dan menteri yang faham perundangan, duduk, bincang bagaimana untuk kemaskinikan sistem yang ada sekarang.

“Ketika ini, tertuduh seperti tidak diberi hak jika mereka mahu menukar peguam. Mahkamah minta kes diteruskan juga dengan peguam yang tidak lagi mendapat keyakinan tertuduh. Ini salah.

“Sepatutnya, janganlah sekat hak tertuduh dan hak peguam,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Zaid, Anwar antara yang paling memahami kesusahan, kerumitan dan kepincangan sistem pentadbiran undang-undang negara.

Katanya, Anwar memahaminya kerana lebih 20 tahun beliau berdepan dengan sistem perundangan.

Begitu juga, kata beliau, apa yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya berlaku kepada orang lain, iaitu tidak mendapat keadilan sepenuhnya.

“Dalam kes jenayah, implikasinya sangat besar. Ia boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjarakan, ditahan dan sebagainya.

“Sebab itu, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa seseorang itu perlu atau wajib mendapatkan bantuan guaman untuk membela diri.

“Bagaimanapun, masalah hari ini mahkamah dan sesetengah hakim, mereka sendiri yang akan menentukan sama ada wajar atau tidak seseorang yang dituduh itu tukar peguam,” katanya.

Menurut beliau, tidak semua hakim seperti Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang memahami masalah dalam kes dihadapi mantan Perdana Menteri itu.

“Najib berdepan dengan masalah untuk menukar peguamnya yang hanya sekali dimohonnya sepanjang tempoh lebih empat tahun kesnya berjalan.

“Dia buat sekali sahaja permohonan untuk tukar peguam, tidak diberi. Ataupun dia diberi, tetapi disuruh kes itu diteruskan. Mana boleh buat dalam tempoh tiga minggu. Itu seolah macam dia tak bagi tukar peguamlah.

“Sebab itulah kerajaan perlu bertindak kerana ini melibatkan dasar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. “Tidak semua hakim … memahami masalah dalam kes dihadapi mantan Perdana Menteri itu”. Datuk Abdul Rahman lg arif dan bijaksana dari Memon. Zaid Ibrahim pun lg arif dr Memon.

Comments are closed.