Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Bayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu belum dibuat sepenuhnya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, bayaran royalti diterima kerajaan negeri baru-baru ini hanya sekadar pendahuluan, bukan sepenuhnya.

“Beberapa hari lalu kita ada terima sedikit pendahuluan wang yang dianggap royalti, tetapi bukan bayaran penuh, hanya sekadar pendahuluan.

“Kita yakin bakinya akan dibayar kerajaan Persekutuan tidak lama lagi,” katanya di sini, semalam.

Pada 15 Mac lalu, Dr. Ahmad Samsuri dilaporkan berkata, Terengganu dijangka menerima bayaran DKKP dari kerajaan pusat sebagaimana yang disalurkan sebelum ini.

Beliau menyatakan, khabar gembira itu diperolehi hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana pada Selasa 14 Mac 2023.

Menurutnya, wang DKKP yang juga dianggap sebagai royalti petroleum itu akan dibayar kepada kerajaan negeri itu akhir bulan ini.

Mengenai baki, Dr. Ahmad Samsuri berkata, proses rundingan antara kerajaan Terengganu dengan Kementerian Kewangan sentiasa berjalan.

Sebelum ini, Anwar memberi jaminan DKKP akan dibayar seperti amalan sebelumnya iaitu pada Mac dan September. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kawasan Besut belum terima PENUH bantuan banjir,samada dari kerajaan negeri dan pusat

Comments are closed.