Zoey adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards.

KUALA LUMPUR – Pelakon yang juga usahawan berjaya, Zoey Rahman meluahkan rasa syukur dan terharu apabila terpilih untuk menerima anugerah daripada Yayasan Usahawan Malaysia baru-baru ini.

Zoey yang juga merupakan CEO Mikaseries Sdn. Bhd. adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards.

Anugerah disampaikan yang oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razal di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang.

“Alhamdulilah saya bersyukur di atas penghargaan ini dan saya berterima kasih kepada Yayasan Usahawan Malaysia di atas pengiktirafan yang tidak disangka ini.

“Tidak lupa juga kepada semua kakitangan Mikaseries, agen-agen serta penyokong produk Mikaseries yang sentiasa berada di belakang kami selama ini.

“Anugerah yang diperoleh ini adalah kejayaan kita bersama dan semoga ia terus menjadi pencetus semangat buat saya untuk terus berjaya dalam perniagaan.

“Saya juga teruja dan terharu kerana akhirnya usaha keras kami selama ini dibalas,” katanya yang berusia 38 tahun.

Sempena Ramadan ini, Zoey membuat jualan kurta dengan kerjasama pereka fesyen Farel menerusi platform e-dagang

Selain berniaga di e-dagang, Zoey juga akan turut menyertai Celebfest yang akan berlangsung di Singapura, selain Absolut Baazar X Gaya Raya dan Starvendor yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.MalaysiaGazette