nazlan manual
Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali

KUALA LUMPUR – Rumusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap Datuk Mohd Nazlan Ghazali mendapati beliau telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International.

Itu jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam surat bertarikh 20 Mac kepada Shafee & Co iaitu firma guaman yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat yang dipercayai telah ‘bocor’ itu menyatakan bahawa Mohd Nazlan telah melanggar kod etika kehakiman dan mempunyai konflik kepentingan.

Untuk makluman, Mohd Nazlan merupakan hakim yang telah mendengar dan menjatuhkan hukuman bagi kes penyewelengan dana SRC International bernilai RM42juta membabitkan Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri.

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, siasatan ke atas Hakim Nazlan menyimpulkan beliau telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International.

Azalina dilaporkan berkata, ini berdasarkan salinan laporan penemuan SPRM bertarikh 20 Februari yang dipanjangkan oleh agensi itu kepadanya untuk menjawab surat peguam Najib pada 15 Mac lepas.

Difahamkan peguam Najib telah membangkitkan pertanyaan adakah SPRM telah menulis kepada Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat untuk mengesyorkan supaya prosiding tatatertib dimulakan terhadap Nazlan berhubung pengendaliannya dalam kes SRC.

Dalam surat itu juga, firma guaman berkenaan bertanya sama ada SPRM pada dasarnya membuat kesimpulan bahawa Nazlan melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan.

Azalina dalam surat ketika membalas surat itu dilaporkan berkata, pihaknya bersetuju bahawa telah berlaku pelanggaran Kod Etika Hakim dan percanggan kepentingan oleh Hakim Nazlan ketika mengendalikan kes tersebut.

Laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali
Laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Dalam pada itu, Malaysiakini pula melaporkan, salah seorang peguam Najib, Farhan Muhammad Shafee mendedahkan kandungan surat ‘bocor’ adalah benar.

“Kami tidak tahu bagaimana surat-surat ini tersebar di domain awam tapi apa pun ianya tulen,” katanya ringkas.

Untuk makluman, minggu lepas, anak perempuan Najib, Nooryana telah memuat naik sepucuk surat didakwa daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang menyebut Nazlan melanggar kod etika hakim.

MalaysiaGazette masih menunggu pengesahan daripada beberapa pihak berhubung perkara ini. -MalaysiaGazette

4 Komen

    • Di akhirat, mereka yg berkomplot ini tidak melepaskan diri dari mahkamah ilaahi. Allah adalah sebaik2 hakim.

Comments are closed.