PETALING JAYA – Seramai 40 pelajar tahfiz dan anak-anak yatim dirai oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Majlis Berbuka Puasa 2023 di sini malam ini.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Hamid juga menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan pelajar dari Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari (Lil Banat), Puchong pada majlis yang sama.
Majlis Berbuka Puasa FAM itu telah berlangsung di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya.
Antara yang hadir termasuklah barisan ahli jawatankuasa eksekutif dan kakitangan FAM, barisan ahli lembaga pengarah dan kakitangan Malaysian Football League (MFL) dan Amateur Football League (AFL), rakan-rakan penaja FAM, petugas media sukan, jemputan khas serta barisan pemain dan pegawai dari pasukan bola sepak wanita kebangsaan dan pasukan B-17 wanita kebangsaan.
Beliau turut meluangkan masa bermesra dengan pasukan bola sepak wanita dan pasukan B-17 wanita kebangsaan yang turut hadir menambah kemeriahan majlis berbuka.
Terdahulu, beliau bersama Setiausaha Agung FAM mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat di sekitar Wisma FAM. – MalaysiaGazette