Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail dinaikkan pangkat sebagai Pengarah  Cawangan Khas di Bukit Aman hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi kenyataan petang.

Beliau dilantik mengisi jawatan Pengarah Cawangan Khas itu sebagai menggantikan penyandang sedia ada, Datuk Baharuddin Ahmad.

Mohd Khalid juga akan memangku pangkat VUYA5 ( JUSA A) menerusi pertukaran ke jawatan baharu itu.

Baharuddin bertukar ke Jabatan Perdana Menteri untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Komunikasi Strategik) Majlis Keselamatan Negara.

Pelantikan kedua-dua pegawai kanan PDRM itu akan berkuatkuasa bermula 8 Mei 2023. – MalaysiaGazette