zaid ibrahim pendakwaan terpilih
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Petronas perlu memberi penjelasan mengenai wang ihsan yang melibatkan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, isu royalti itu perlu dijawab oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersebut dan tidak boleh diwakili oleh mana-mana menteri atau ahli politik.

“Jadi, sekarang ini saya nak tanya Petronas, Petronas kena jawab semata-mata kerana kerajaan memilih Petronas tidak bererti ahli politik kena jawab, Petronas lah kena jawab.

“Betul ke perjanjian ketika 1974 itu Kelantan dan Terengganu berhak mendapat bayaran tunai untuk minyak yang didapati offshore di luar persisiran pantai Kelantan dan Terengganu?

“Adakah perjanjian itu menyebut tentang teritorrial mortage, jadi Petronas harus jawab persoalan ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Menuurt Zaid, perjanjian 1974 itu jelas menunjukkan sekiranya minyak dan gas didapati ‘offshore’ yang bermaksud dalam konteks galian itu tidak kira berapa jarak batu yang digali.

“Dulu beria-ia ahli politik nak bayar royalti minyak tetapi bila mereka jadi kerajaan. Mereka kata ihsan.

“Saya tanya Petronas jawablah wang ihsan itu apa. Apakah Melaka, Negeri Sembilan dapat wang ihsan ini. Tak adakan,” soalnya.

Zaid turut menyifatkan wang ihsan yang disalurkan merupakan trick payment kerana kerajaan tidak mahu membayar jumlah penuh royalti maka dipanggil wang ihsan yang bermakna terpulang mahu beri berapa banyak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. perjanjian 1974 dineterai dan TERMAKTUB….bila rakyat tersalah pilih PEMIMPIN ….PENYAMUN DAN MUNAFIKUN….inilah BAHANAnya…mereka terus BERDOLAK DALIK

    DUNIA kamu selamat dan berdondang sayang….AKHIRAT DI MASYAR kamu akan terima AZABNYA

    “Dulu beria-ia ahli politik nak bayar royalti minyak tetapi bila mereka jadi kerajaan. Mereka kata ihsan.

Comments are closed.