Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan sumbangan kepada penduduk setempat pada Majlis Penyerahan Pek Prihatin Ramadan Bandar Tun Razak di Dewan Serbaguna PPR Taman Mulia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) melalui badan amalnya PruBSN Prihatin dengan kerjasama Yayasan MYPRIHATIN menganjurkan Program Sumbangan Prihatin Ramadan bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, program itu melibatkan 750 pek barangan makanan kering, 5,000 pek bubur lambuk dan 3,500 pek makanan siap dimasak untuk diagihkan.

Beliau berkata, penyediaan tempat yang terlibat dalam proses pembungkusan pek barangan makanan kering, penyediaan bubur lambuk serta sukarelawan Sahabat MADANI yang menyediakan pek makanan siap dimasak dengan bantuan penduduk.

“Sebahagian daripada pek bubur lambuk tersebut akan diagihkan kepada pesakit dan keluarga yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur manakala sebahagian pek makanan siap dimasak turut diagihkan kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang kurang berkemampuan.

“Usaha ini merupakan antara langkah berterusan pihaknya untuk terus membantu golongan yang kurang bernasib baik selaras dengan tema Kempen Ramadan PruBSN iaitu ‘Manisnya Memberi, Berkongsi Rezeki’.

Beliau berkata demikian Program Sumbangan Prihatin Ramadan yang berlangsung di Projek Perumahan Rakyat Taman Mulia Bandar yang disempurnakan isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Yayasan MYPRIHATIN, Rahimi bin Abd Karim.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan sumbangan kepada penduduk setempat pada Majlis Penyerahan Pek Prihatin Ramadan Bandar Tun Razak di Dewan Serbaguna PPR Taman Mulia, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 APRIL 2023.

Wan Saifulrizal menambah, PruBSN turut memastikan agar golongan B40 tidak ketinggalan dan mendapat perlindungan takaful yang sewajarnya di mana sempena bulan turut menjalankan kempen One Donation, One Family.

“Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli takaful PruBSN Mikrotakaful Jariyah untuk B40 dengan nilai perlindungan sebanyak RM10,000 untuk tempoh satu tahun.

“Kempen ini dibuka kepada semua sehingga 21 April dan sumbangan boleh dibuat ke akaun PruBSN Prihatin (Standard Charted Saadiq) di no akaun: 312409962689.

“Sumbangan ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan golongan B40 di seluruh negara akibat peningkatan kos sara hidup serta memberikan keceriaan kepada mereka di bulan Ramadan ini.

“Program seumpama ini mencerminkan komitmen, kerjasama serta keprihatinan berterusan badan-badan amal dan syarikat korporat dalam membantu masyarakat dan negara,” katanya. – MalaysiaGazette