NEW YORK – Saham Tupperware jatuh hampir 50% pada Isnin berikutan amaran masa depan syarikat ini yang suram.
Dalam notis makluman kepada pengawal selia lewat Jumaat lalu, pembuat bekas ini berkata, terdapat “kesangsian besar tentang keupayaan syarika ini dan ia bekerjasama dengan penasihat kewangan untuk mencari pembiayaan untuk terus bertahan.
Tupperware berkata, ia tidak akan mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk membiayai operasinya jika ia tidak mendapatkan wang tambahan.
Syarikat ini berkata, ia sedang meneroka potensi pemberhentian, dan menyemak portfolio hartanahnya dalam usaha melakukan penjimatan wang.
Bursa Saham New York juga memberi amaran bahawa saham Tupperware berada dalam bahaya untuk dinyahsenarai kerana tidak memfailkan laporan tahunan yang diperlukan.
“Tupperware telah memulakan proses untuk memulihkan operasi kami dan hari ini menandakan langkah kritikal dalam menangani kedudukan modal dan kecairan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Miguel Fernandez dalam kenyataan akhbar.
Katanya, syarikat ini sudah melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk mendapatkan pembiayaan tambahan dan menangani kedudukan kewangannya.
Perniagaan berusia 77 tahun itu telah bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengekalkan kedudukannya dengan pesaing.
Ia telah cuba menghilangkan imejnya yang kaku dan menarik pelanggan yang lebih muda dengan produk yang lebih baharu dan lebih bergaya.
Beberapa isu mencederakan Tupperware, termasuk “penurunan mendadak dalam bilangan penjual, penarikan semula pengguna pada produk rumah dan jenama yang masih tidak berhubung sepenuhnya dengan pengguna yang lebih muda,” menurut Neil Saunders, penganalisis runcit dan pengarah urusan di GlobalData Runcit.
Saunders berkata, Tupperware berada dalam “kedudukan tidak menentu” dari segi kewangan kerana ia bergelut untuk meningkatkan jualan, dan kerana ia memiliki aset ringan menyebabkan tidak mempunyai “banyak kapasiti untuk mengumpul wang”.
“Syarikat itu dahulunya menjadi ‘sarang’ inovasi dengan alat penyelesaian dapur, tetapi ia benar-benar kehilangan kelebihannya,” katanya.
Saham Tupperware turun 90% sepanjang tahun lalu dan pengawal selia telah mengeluarkan satu lagi amaran “kebimbangan berterusan” November lalu. – Agensi