hot weather sun sky forecast La Nina El Nino MetMalaysia
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kawasan disenaraikan dalam kategori tahap satu susulan cuaca panas dengan suhu maksimum sehingga 35 hingga 37 darjah celcius.

Keadaan seperti itu berlarutan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hari berturut-turut, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Kawasan-kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol.

“Sabah dan Sarawak pula pada ketika ini sedang dalam pemantauan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Agensi kaji cuaca itu turut mengeluarkan amaran agar orang ramai berjaga-jaga. – MalaysiaGazette