KUALA LUMPUR – Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengulangi pendiriannya untuk berdamai dan menghentikan ‘perbalahan’ antara beliau dan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Azwan 57, berkata, beliau terdetik untuk berdamai bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
“Syawal 1444H Diva AA terdetik bersama dengan (Datuk Seri) Azmin Ali. InsyaAllah,” katanya di Twitternya @DivaAATersohor.
Setiap kali kedatangan Syawal, Azwan akan tampil membuat kenyataan mengenai hasratnya untuk berbaik semula dengan abangnya itu.
Sebelum ini, Azwan berkata, hatinya terdetik untuk berbaik semula dengan Azmin selepas peminat-peminat bertanyakan status hubungan bersama Azmin setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Umum mengetahui hubungan dua beradik tersebut tegang dengan siri serangan peribadi daripada selebriti penuh kontroversti sebelum ini. – MalaysiaGazette