SHAH ALAM – Perkhidmatan ambulan udara atau Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) mampu menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya bersama Jabatan Bomba Penyelamatan Malaysia (JBPM) melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan itu bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat.
Beliau berkata, perkhidmatan EMARS turut melibatkan kolaborasi turut melibat multilateral bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA).
“Kerjasama semua pihak ini adalam dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
“Selain digunakan untuk membawa doktor, pegawai, peralatan dan bekalan perubatan dengan menggunakan pesawat sedia ada yang diubahsuai, EMARS juga menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan efektif bagi operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera termasuklah penyelamatan yang melibatkan kemalangan di lebuhraya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran EMARS dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 di perkarangan AEON Mall Shah Alam hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.
Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, daripada segi pelaksanaan, perkhidmatan, ambulans udara menggunakan pesawat bomba sedia ada yang diubah suai dan dilengkapkan dengan peralatan perubatan kecemasan.
Beliau berkata, buat masa ini, EMARS hanya akan beroperasi di Semenanjung Malaysia sebelum dikembangkan ke Sabah dan Sarawak mengikut kemampuan kewangan negara.
“Kerajaan Perpaduan sentiasa prihatin dengan peningkatan keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan- kawasan pedalaman, perkampungan Orang Asli dan juga kawasan yang sukar dilalui seperti kawasan yang bergunung ganang dan
sebagainya.
“Maka KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara Madani akan menyediakan kemudahan perkhidmatan EMARS dengan pesawat khas bagi bantuan perubatan dan penghantaran ke hospital,” katanya.
Sementara itu, ketika ini JBPM memiliki sembilan helikopter pelbagai jenis terdiri daripada Mil Mi-17, Agusta A109E, Agusta 139 serta Agusta 189 dan sebuah helikopter Agusta A109E akan diubah suai bagi dilengkapkan dengan kemudahan perubatan awal pesakit bagi pelaksanaan EMARS. – MalaysiaGazette
Nga Kor Ming ni mengatasi otak Raja Formula untuk menjimatkan perbelanjaan ratusan juta untuk Dua penggal. masyukkk tu…
Statement paling bangang dan sebb nak makan komise. Dr pembelian helikopter… kos tinggi utk ambulan helikopter… ini satu pembaziran