Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi V. Sivakumar direhatkan sebagai Menteri Sumber Manusia, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana siasatan masih berjalan ke atas Sivakumar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen DAP itu sebelum ini dipanggil membantu siasatan susulan siasatan SPRM terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

“Masih lagi siasatan dan tiada pertuduhan dan kita kena bezakan siasatan masih dalam proses dan serahkan kepada SPRM.

“Kemudian jika ada pendakwaan atau tidak soal lain. Bagi saya tidak boleh buat telahan awal tapi apa yang prinsip penting di sini dalam soal tatakelola membanteras rasuah kita tegas tidak peduli siapa dari sosok mana, parti mana.

“Dalam kes khusus ini Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar tidak wajar diberi arahan selain beliau telah dipanggil untuk beri jawapan yang dibangkitkan oleh SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan sesi merakam keterangan Sivakumar juga dipercayai berlangsung selama lebih sembilan jam bagi menjejaki wang yang didakwa diperoleh beliau.

Kehadiran Sivakumar itu ke SPRM bagi menjelaskan dakwaan beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Masa pegawai dia di siasat SPRM aq percaya Sivakumar ni PUTIH berkilau kerana JUJUR.
    SIVAKUMAR amat tegas mengangtung tugas Welanon Welanon tu. Nampak sikit KEJAM kerana menutup periuk nasi pegawainya.
    Cyber trooper melaporkan Sivakumar keluarmasuk SPRM dan diakui Sivakumar bahawa DIA memberi maklumat untuk SPRM.
    tup tup Anwar Ibrahim kata Sivakumar *disiasat SPRM* dan di KEKALKAN menggali Kementerian tu….mana satu pariahs ni…. ANWAR GONCANG nak REHATKAN Sivakumar sebab ada ALASAN DISEBELAH KANANNYA… membuktikan TIADA DAYA URUS CONSISTENT PEMERINTAH.

Comments are closed.