Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Rakyat negeri ini diingatkan tidak mencemari Hari Raya Aidilfitri dengan perkara-perkara yang tidak elok serta berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, rakyat disarankan memanfaatkan perayaan itu  dengan aktiviti ziarah-menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai, bagi sama-sama memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Katanya, rakyat Kelantan juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama di musim perayaan dan menjadikan menjaga kebersihan sebagai tanggungjawab bersama.

“Apa yang perlu kita ingat ialah janganlah sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok serta berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444 hijriah buat seluruh umat Islam khususnya kepada rakyat Kelantan yang dikasihi,” katanya menerusi perutusan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast