Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR – Dua rakyat Malaysia di Sudan telah dibawa ke lokasi selamat bagi proses pemindahan keluar dari Khartoum kelak.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dalam operasi berkenaan, Psukan Khas Wisma Putra juga telah membantu  dua warga Kanada dan United Kingdom (UK) dan seorang warga Amerika Syarikat (AS).

“Saya ingin memaklumkan bahawa walaupun operasi ini amat berisiko tinggi, namun ia perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ia kerana, nya, situasi di Sudan amat kompleks kerana berubah setiap masa apabila kedua-dua pihak yang bertelagah masih meneruskan pertempuran.

Ia susulan daripada laporan terkini pertempuran antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) semakin meruncing di kebanyakan lokasi di Khartoum sepanjang masa.

Artikel berkaitan: Konflik Sudan: 29 rakyat Malaysia di negara itu selamat – Dr. Zambry

Malaysia kutuk pertempuran tentera Sudan, RSF

Agong saran kerajaan bawa rakyat Malaysia di Sudan pulang

“Gencatan senjata yang telah diusulkan beberapa kali oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Amerika Syarikat langsung tidak dipatuhi mereka.

“Marilah kita memanjatkan doa dan memohon kepada Yang Maha Esa untuk menjaga
dan melindungi keselamatan rakyat kita di Sudan dan operasi membawa mereka
pulang ke tanah air dipermudahkan-Nya,” tambahnya.

Untuk rekod, konflik antara tentera Sudan dan RSF mencetuskan pergolakan politik yang kini menggugat keselamatan awam di Sudan.

Wisma Putra sebelum ini menyatakan seramai 29 rakyat Malaysia dikenal pasti berada di Sudan setakat ini dan Malaysia bersiap sedia membawa pulang kesemua mereka melalui jalinan kerjasama dengan beberapa buah negara asing.-MalaysiaGazette