Orang ramai mula untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri tepat jam 12 malam berikutan kadar tol percuma ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Kadar tol percuma kepada semua jenis kenderaan di 33 lebuh raya di seluruh negara menerusi inisitif ‘Tol Rahmah’ bermula 19 April lalu tamat semalam.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan berkata, kadar tol percuma akan disambung sehari lagi esok (24 April),

LLM turut menasihatkan semua pemandu kenderaan memastikan  baki kad Touch n Go dan e-Wallet mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya.

Ini bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 April hingga 21 April dan juga pada 24 April.

Pengumuman tol percuma itu menyaksikan pergerakan kenderaan di semua lebuh raya meningkat kira-kira 20 peratus dalam tempoh tersebut. -MalaysiaGazette