aliran trafik yang tinggi di Port Dickson malam tadi. Fotto FB LLM

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuh raya PLUS, LPT1 dan 2 dan beberapa lebuh raya lain masih lancar pagi ini.

Hari ini merupakan hari terakhir cuti Hari Raya Aidilfitri selepas kerajaan memberi cuti tambahan pada Jumaat lalu.

Menurut Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, sekitar plaza-plaza tol juga lancar.

Cuma terdapat lori rosak di Kilometer 79.5 arah selatan dari Pendang ke Gurun menyebabkan lorong kiri terhalang.

Oleh itu, pengguna lebuh raya diminta memandu dengan berhati-hati.

Sebelum itu, pada jam 3.12 pagi tadi, LLM melaporkan trafik perlahan dari arah utara – Pedas Linggi ke Senawang; Kuala Kangsar ke Bukit Berapit dan arah selatan – Simpang Renggam ke Sedenak, Bukit Tambun ke Bandar Cassia dan Terowong Menora ke Ipoh Utara. – MalaysiaGazette