KOTA BHARU – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd. Samad terus diasak memohon maaf kepada UMNO atas keceluparannya mencampuri urusan permohonan pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Dua sayap UMNO iaitu Wanita dan Pemuda menegaskan, Khalid wajar berbuat demikian kerana cuba mendahului keputusan Lembaga Pengampunan dan Kerajaan Perpaduan.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri, Nor Wahida Patuan berkata, pihaknya amat kesal dengan kenyataan Pengerusi Amanah Kelantan itu yang disifatkan seperti memercik bara dan bibit ketegangan antara parti itu dengan rakan gabungannya dalam Kerajaan Perpaduan.
“UMNO telah membuat permohonan dan proses pengampunan ini pula tidak bercanggah dengan perlembagaan, malah sah di sisi undang-undang. Kenapa dia cuba mendahului Kerajaan Perpaduan?
“Kita juga akui pengampunan mutlak terletak pada perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.
“Oleh itu, tindakan Khalid sebenarnya telah memberi tanggapan negatif terhadap proses pengampunan yang sedang dimohon oleh UMNO,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jumaat lalu, Khalid dilaporkan membuat kenyataan mengakui dan mengiktiraf pengampunan ke atas Najib sebagai hak mutlak Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, pengampunan itu akan menghantar mesej sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian kerajaan terhadap rasuah dan salah guna kuasa.
Katanya, ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Nor Wahida berkata, keceluparan mulut Khalid telah mengguris hati Wanita UMNO Kelantan yang telah berlapang dada menerima Kerajaan Perpaduan termasuk parti Amanah sebagai rakan gabungan politik.
Justeru, beliau menggesa bekas Ahli Parlimen Shah Alam itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan bagi memulihkan semula keadaan.
Kata beliau, Wanita UMNO negeri senada dengan Perhubungan UMNO Kelantan untuk memutuskan ikatan dengan parti Amanah negeri itu sekiranya tiada tindakan lanjut dari parti yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Sementara itu, Pemuda UMNO negeri turut melahirkan rasa kecewa dengan Khalid yang memberi isyarat meminta Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan terhadap Najib.
Ketuanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, umum tahu keputusan memohon sembah pengampunan itu telah dipersetujui semua Ketua sayap empat peringkat seluruh negeri Kelantan yang mewakili akar umbi UMNO dan Khalid perlu menghormati perkara tersebut.
“Ingin saya tegaskan, parti Amanah tidak perlu campuri urusan UMNO. Lebih baik mereka perkemaskan jentera parti dan rumah mereka sendiri di setiap DUN dalam menghadapi PRN tidak lama lagi.
“Khalid pula sepatutnya perlu bersama mengembeleng tenaga dan buah fikiran untuk menyedarkan rakyat Kelantan mengenai betapa perlunya kepimpinan kerajaan negeri hari ini ditukar demi Kelantan yang lebih baik, bukan membuat kenyataan populis seperti ini.
“Kita desak Khalid memohon maaf secara terbuka kepada UMNO dan desak kerajaan wujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam isu pendakwaan terpilih terhadap Najib bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan dijalankan sebaik mungkin,” katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Johor UMNO tuabangka tekak jamban rupanya KELANTAN muda-muda dah rosak otaknya.
tidak tahu dicelah mana tersimpannya bangang tu…
Khalid Samad tu BUKAN mendahului keputusan YDPA tapi minta TAHU bahawa Rakyat Malaysia tidak menyokong pembebasan PENJENAYAH dengan mudah. ikutlah Undang-undang Mahkamah seperti dilalui ANWAR IBRAHIM