Treler membawa muatan kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 263.1 (arah selatan) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Seremban ke Port Dickson, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah treler membawa muatan kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 263.1 (arah selatan) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Seremban ke Port Dickson pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, treler yang membawa enam kenderaan jenama Proton yang belum berdaftar itu dipandu seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun.

“Siasatan awal mendapati treler terbabit dipandu seorang diri dan sedang dalam perjalanan dari arah Tajung Malim menuju ke Johor Bharu.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuhraya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuhraya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nanda, impak kemalangan yang kuat telah menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaannya.

Manakala tiga buah muatan kereta yang dibawanya turut tercampak dan jatuh ke jalan raya.

Semakan mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan menerima rawatan di zon merah.

Jelas Nanda, siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987. – MalaysiaGazette

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1653965594671333383?s=20