Emma Maembong selamat melahirkan cahaya mata kedua hari ini.

KUALA LUMPUR – Aktres Emma Maembong selamat melahirkan cahaya mata kedua hari ini iaitu seorang bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

“Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang lagi bayi lelaki dengan berat 3.4 kilogram.

“Kelahiran normal, Allah Maha Besar. Shariq Gabriel sudah menjadi seorang abang,” katanya di media sosial miliknya.

Shazli bagaimanapun tidak berkongsi nama anak lelaki keduanya dalam entri tersebut.

Pada Mac lalu, Emma berkongsi kepada umum bakal menimang cahaya mata lelaki kedua sekaligus menyangkal ramalan ramai jantina bayinya ialah perempuan.

Emma juga pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia dua tahun. – MalaysiaGazette