Sunday, April 28, 2024
Home Sukan Pengadil rampas kemenangan kami – Ancelotti

Pengadil rampas kemenangan kami – Ancelotti

Foto The Independent.

LONDON – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menyifatkan gol gol penyamaan Manchester City dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Bernabeu pagi tadi sepatutnya tidak dibenarkan

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1 dan berdepan aksi timbal balik minggu depand di Manchester.

Ancelotti menegaskan dia yakin bola sudah pun keluar ketika dalam kawalan pemain lawan, Bernardo Silva tetapi pengadil mengesahkan gol itu.

Ancelotti kemudian menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada pengadil keempat sebaik rembatan Kevin De Bruyne menggegar gawang barisan kendalian pada minit ke-67 untuk memadam kelebihan awal Madrid menerusi Vinicius Junior.

Dia dikatakan telah ditunjukkan rakaman yang dikongsi oleh beIN SPORTS yang menunjukkan bola telah melepasi garisan tepi sebelum jaringan penyamaan itu dan membangkitkan isu itu dalam sidang akhbarnya selepas perlawanan.

Sementara itu, pemain City, Jack Grealish yakin untuk mara ke final UCL selepas kelabnya bangkit dan akan berusaha membalas dendam atas kekalahan mereka kepada Real di peringkat yang sama musim lalu. – Agensi